Selasa, 9 Februari 2016

Assalamualikum dan selamat pagi,

Dah lama ingin menulis. lama sangat. Namun bila menulis selalu hangat hangat tahi ayam. Buat sekali...bila sibuk kerja tinggal. Bila lapang sambung balik. Bila bosan tinggal balik, tapi jauh disudut hati memang hendak sangat menulis. Menulis seperti pelarian emosi aku dari kebosanan, bila dapat menulis ..aku rasa lega. Nak tahu kenapa aku buat blog. Aku tak berapa pandai it, tapi aku teroka sesuka hati aku. kalau salah pun tiada yang marah. Nak tahu kenapa aku buat blog, walhal aku bukan sesiapa, tapi aku sukaaaa. hihihi. Puncanya bila aku terbuka blog Puan Paridah....dan aku nampak ada puisi abang Obama dalam blog dia...aku gembira sangat sangat....dan kerana itu aku mula terasa sesuatu..aku perlu mulakan...perlu. Terima kasih Puan paridah....saya sangat gembira bila puisi abang obama terpilih utk dicalonkan utk dibukukan...tercalon pun Alhamdulilah. Sebab saya bukan sesiapa..saya cuma punya rasa. Syukur jika rasa saya dapat dikongsi oleh orang lain. Syukur sesangat. dan ia adalah langkah pertama saya. Mohon sangat ada yang sudi tunjuk ajar. Cukup setakat ini...nanti kita cerita lagi.

Salam Kemanusian.
nama aku ziha.